Tuesday, November 10, 2009

TIP DARI CMA COLLECTION'S

TIP PEMILIHAN FABRIK DAN COLOR

Fabrik satin mempunyai dua permukaan yang berlainan iaitu rata dan berkilat pada sebelah manakala pudar pada bahagian dalamnya. Ia boleh di dapati dalam pelbagai serat benang daripada terlalu nipis dan bermutu rendah hingga kain satin tebal ( dulchess )( Needlework for school – Mehtam – neal ).

KADAR KECUTAN KAIN
Jenis Kain

Kain satin
½”
Kain cotton ‘343’
½ -1”
Kain sifon
1-3”
Kain belacu
1.2”
Kain cotton linen
½ - 1”

Fabrik sutera bersumberkan gentian yang di eksport khas daripada Negara china.Pelbagai jenis sutera, menunjuk pada benang asli yang didapati daripada ulat sutera.

Ciri-ciri sutera

Benang sutera mepunyai kilat asli kerana tidak ada pintalan dalam keadaan asalnya. Oleh itu gentian penghasilkan fabrik cantik serta rata dan bercahaya.
Sutera hangat apabila di pakai bukan kerana penebat haba yang elok, lagipun ia mudah menyerap lembapan ,ia tidak mudah terbakar dan tidak mudah
bertahi lalat dan tidak mudah dimakan gegat.

Bagi fabrik sifon (chiffon) pula, fabrik buatanya agak nipis, lembut dan halus yang boleh di gantung dan dikedutkan dengan baik.penggunaan kainnya sesuai degan
reka bentuk baju yang berkedut - kedut.

Fabrik kapas ( voile, linen, belacu dan kordoroi). Asal usul pembuatan kapas bersumberkan gentian kapas dari china, rusia, India dan Amerika Syarikat. Pemintalan yang ada pada gentian ber makna bahawa ia tidak mudah membalikkan cahaya dan kebanyakkan fabrik kapas yang tidak diberi kekemasan seperti belacu tidak berkilau. Fabrik belacu amat teguh dan senang di kendalikan. Warnanya putih tanpa bercorak.

Kebaikan menggunakan fabrik ini ia bersesuaian, kukuh dan tahan lasak, Gentian kapas lebih teguh apabila basah daripada ia kering. Oleh itu fabrik kapas boleh direbus dan di perah. Ia juga mudah menyerap lembapan, oleh itu ia sesuai untuk pakaian. Ia juga membiarkan udara lalu dengan bebas melalui jalinannya menyebabkan fabrik sejuk di pakai.Ia tahan lasak.
Kelemahannya pula gentian kapas mempunyai sedikit kuasa pegas dan oleh itu fabrik kapas mudah renyuk kecuali jika di beri kemasan tak renyuk. Fabrik ini mutu renah keras untuk di kendalikan. Jika di simpan sewaktu lembap ia mudah bertahi lalat. Gentian ini mudah menyala dan terbakar dengan bau seperti kertas hangus. ( Rujukan Needlework For School – Melita M.Neal)


Fabrik linen selalu digunakan untuk kanvas angkatan laut kerana ia teguh apabila basah dan juga untuk alas meja dan kain pengesat gelas, fabrik untuk sulaman halus dan fabrik untuk pakaian. Fabrik linen untuk pakaian adalah mahal tetapi ia sesuai untuk aktiviti lasak, ia sentiasa teguh dan menarik.Selalunya ia di tenun biasa tetapi yarn slub boleh di gunakan untuk memberi kesan berdaging. Fabrik ini mempunyai kilauan asal keras sedikit, dimana kaedah perusahaannya ( rujukan Needlework For School – Melita M.Neal ).

Warna mewujudkan ilusi optik kesemuanya pada mata dan penglihatan kita semua. Pengkaji inginkan warna yang mempunyai kecerahan dan kelebaman kerana ia menimbulkan suasana yang berbeza, di panggil intersity.
Warna juga mempunyai muslihat, dan memainkan peranan kepada sesiapa yang melihatnya.

Faktor yang perlu di pertimbangkan semasa memilih fabrik ialah pemilihan warna. Jika tersalah dipilih mengikut tema dan konsep, boleh menimbulkan pelbagai masalah. Di dalam prinsip design, pengkaji menemui maklumat mengenai panduan asas untuk pemilihan warna yang betul dengan tema dan konsep reka bentuk yang dipilih.

No comments:

Post a Comment